BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 3, 2009

asam keping

bunga ni xder kene mengena ngan asam keping...heeee

Baru2 ni aku sekeluarga balik kelantan ,adik ipar aku bertunang dengan orang sana.

Di kesempatan itu aku pun tak lepaskan peluang ambil buah asam keping kat rumah mak saudara suami aku,memang dah lama aku nakkan sangat buah asam tu akhirnya dapat juga la walaupun kereta aku dah penuh dengan barang2 aku teruskan juga niat aku nak wat balik buah tu walau macam mana sekalipun.

Penat tau aku bersusah payah kait buah tu bagai nak tercabut leher mendongak.Akhirnye dapat juga la aku buat asam keping walaupun tak pernah buat kira jadi juga la boleh la untuk makan sendiri.



Thursday, July 2, 2009

Tempahan Jahit Baju Raya

Tempahan baju raya telah dibuka..
Kepada sesiapa yg ingin menempah baju raya boleh hubungi saya...
harga tempah: rm30- rm40 (mengikut saiz dan jenis baju)

Keterangan lanjut :
mahani.bakar@gmail / et.bak82@gmail.com
0199544092

Wednesday, July 1, 2009

Mandi manda


hujung minggu dipenuhi dgn xtvt berkeluarga...

Thursday, June 18, 2009

Template Baru


Boring dah tgk template lama tuh..kaler ijau xder corak2..heee
so, aku merajinkan diri tukar template kaler pink ada love2 n bulat2 nih...nampak la ceria sket..
disebabkan aku dah tukar template, so sume setting aku dah xder..list kekawan pon dah xder...nnti la bila ada masa aku update later...
skang ni bz ngan biznes...
len entry aku cite biz aku k...
daaa....


Rambut Baru


Sekarang ni musim demam..
jadi rambut kedua2 anak ku dipotong..
hehe..cam xder kaitan jek antara musim demam ngan rambut kene potong tuh...
belasah jer la kan...aku punyer citer...
tukang potong rambut anak2 aku ni ialah asben aku sendiri...
saat dan ketika kejadian tidak dirakamkan...
so, yang ada gambar ni ajer la..tu pon blur pasai anak aku xmo dok diam...



Sesuatu yang sedang berlaku pada nurin..tu pasai dia xmo senyum..kakak dia jek senyum..heeee

Wednesday, June 3, 2009

Bunga Telur

Baru2 ni rumah aku adakan majlis tahlil dan cukur jambul sempena kelahiran anak sulung adik aku.

Majlis berlangsung dah macam kenduri besar plak.
Aku selaku kakak tolong menyediakan bunga telur untuk diberi pada orang2 yang selawat n potong2 rambut baby.

Cantik tak bunga telur aku buat nih?
Kalo ada sesapa yang berminat nak mntk aku wat untuk majlis apa2 la kan leh la contact or email aku kat mahani.bakar@gmail.com yer.
chowww





Monday, June 1, 2009

Happy Graduation Day!!

Kali ni aku nak update citer pasal adik aku konvo, maisarah...
dia konvo pada 28hb Mei di UiTM Shah Alam jatuh pada hari khamis bersamaan hari sekolah..
Disebabkan aku kene tunggu adik n anak aku abes sekolah, aku ke Shah Alam lewat sket on that day..gerak dalam kol 3.00pm dari umah..tiba jam 5.00pm..Mmg time ni org konvo dah kuar dewan..
pas park kt padang kawad, tunggu adik aku jemput ke dewan konvo tu pasai bus dah xder tunggu nak amik org konvo balik dah time tuh...yer la..mana xnyer sampai time org nak balik dah...huhu
sempat la bergambar jap...

Sesi makan2 sebelah malamnyer
Testing power..nnti turn saya plak konvo...