BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 3, 2009

asam keping

bunga ni xder kene mengena ngan asam keping...heeee

Baru2 ni aku sekeluarga balik kelantan ,adik ipar aku bertunang dengan orang sana.

Di kesempatan itu aku pun tak lepaskan peluang ambil buah asam keping kat rumah mak saudara suami aku,memang dah lama aku nakkan sangat buah asam tu akhirnya dapat juga la walaupun kereta aku dah penuh dengan barang2 aku teruskan juga niat aku nak wat balik buah tu walau macam mana sekalipun.

Penat tau aku bersusah payah kait buah tu bagai nak tercabut leher mendongak.Akhirnye dapat juga la aku buat asam keping walaupun tak pernah buat kira jadi juga la boleh la untuk makan sendiri.



Thursday, July 2, 2009

Tempahan Jahit Baju Raya

Tempahan baju raya telah dibuka..
Kepada sesiapa yg ingin menempah baju raya boleh hubungi saya...
harga tempah: rm30- rm40 (mengikut saiz dan jenis baju)

Keterangan lanjut :
mahani.bakar@gmail / et.bak82@gmail.com
0199544092

Wednesday, July 1, 2009

Mandi manda


hujung minggu dipenuhi dgn xtvt berkeluarga...

Thursday, June 18, 2009

Template Baru


Boring dah tgk template lama tuh..kaler ijau xder corak2..heee
so, aku merajinkan diri tukar template kaler pink ada love2 n bulat2 nih...nampak la ceria sket..
disebabkan aku dah tukar template, so sume setting aku dah xder..list kekawan pon dah xder...nnti la bila ada masa aku update later...
skang ni bz ngan biznes...
len entry aku cite biz aku k...
daaa....


Rambut Baru


Sekarang ni musim demam..
jadi rambut kedua2 anak ku dipotong..
hehe..cam xder kaitan jek antara musim demam ngan rambut kene potong tuh...
belasah jer la kan...aku punyer citer...
tukang potong rambut anak2 aku ni ialah asben aku sendiri...
saat dan ketika kejadian tidak dirakamkan...
so, yang ada gambar ni ajer la..tu pon blur pasai anak aku xmo dok diam...



Sesuatu yang sedang berlaku pada nurin..tu pasai dia xmo senyum..kakak dia jek senyum..heeee

Wednesday, June 3, 2009

Bunga Telur

Baru2 ni rumah aku adakan majlis tahlil dan cukur jambul sempena kelahiran anak sulung adik aku.

Majlis berlangsung dah macam kenduri besar plak.
Aku selaku kakak tolong menyediakan bunga telur untuk diberi pada orang2 yang selawat n potong2 rambut baby.

Cantik tak bunga telur aku buat nih?
Kalo ada sesapa yang berminat nak mntk aku wat untuk majlis apa2 la kan leh la contact or email aku kat mahani.bakar@gmail.com yer.
chowww





Monday, June 1, 2009

Happy Graduation Day!!

Kali ni aku nak update citer pasal adik aku konvo, maisarah...
dia konvo pada 28hb Mei di UiTM Shah Alam jatuh pada hari khamis bersamaan hari sekolah..
Disebabkan aku kene tunggu adik n anak aku abes sekolah, aku ke Shah Alam lewat sket on that day..gerak dalam kol 3.00pm dari umah..tiba jam 5.00pm..Mmg time ni org konvo dah kuar dewan..
pas park kt padang kawad, tunggu adik aku jemput ke dewan konvo tu pasai bus dah xder tunggu nak amik org konvo balik dah time tuh...yer la..mana xnyer sampai time org nak balik dah...huhu
sempat la bergambar jap...

Sesi makan2 sebelah malamnyer
Testing power..nnti turn saya plak konvo...

Saturday, May 23, 2009

Contest Seiras Wajah


Contest seiras wajah ni aku join dari blog http://mayaqarmyla.blogspot.com/ (UmmiAbbiQis)
Berikut Kaedahnya untuk contest nih..

3. Sertakan sekali dalam entry tu..
Nama anak : Nurin Faqihah
Tarikh melahirkannya : 18hb September 2006

Apa persamaan kamu dan anak :
saya dan anak saya sama2 suke tido, kami selalu naik moto bersama untuk ambik kakaknyer dari sekolah...dan kekadang tu dia selalu tido atas moto.
selain itukami suka ketawa...kami sama2 mudah ketawa walaupon perkara tersebut tidak la kelakar sgt...hahaha

Kenangan plg manis antara kamu dan si anak :
setiap saat bersama dgn nurin adalah saat yang manis...terutama bila dia xnampak kelibat saya, dia akan berlari2 mencari aku sekeliling rumah sambil menjerit...umi...umi....sampai la dia jumpa saya...selagi itu dia akaan marah...umi niii.....sangat comel time tuh...huhuhu
sekian untuk kali ini...hehehe

Thursday, May 21, 2009

TODDLER SUPER MODEL CONTEST


Julung-julung kalinyer aku join contest2 nih.
Contest ni dianjurkan oleh mama_aqish bertajuk "TODDLER SUPER MODEL CONTEST"
yang dilancarkan bermula dari 5hb May 2009 sehingga 28hb May 2009
syarat2nye ialah :

1. ADD URL Link Mama di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://damiaqish.blogspot.com/ & link semula url mama pasal contest ni & tepek as a banner di blog masing2....

2. Contest ni terbuka untuk semua Toddler Boy's & Girls yang berumur 2 Tahun hingga 4 Tahun....

3. Hanya 2 orang pemenang saja yang akan dipilih seorang dari Girl & Seorang dari Boy....

4. Sila upload 3 keping gambar possing terbaik anak anda sebagai Model Iklan Baju, tak kisah baju ape yang anak anda pakai janji ianya merupakan baju yang cantik & menarik.....




5. Anda diwajibkan untuk menjawab 2 soalan berikut.......
- Kenapa saya suka baca blog Mama_Aqish???
Saya suka baca blog Mama_Aqish kerana disitu saya boleh mendapat ramai kawan..
memandangkan saya adalah blogger yang baru dan sedang mencari kawan yang ramai
serta boleh berkongsi cerita, pengalaman, dan pengetahuan antara ahli blogger.

- Kenapa anak saya mesti dipilih sebagai pemenang???
Nurin faqihah perlu dipilih sebagai pemenang kerana dia adalah seorang anak yang lincah
dan pandai berposing didepan camera.
apabila nurin faqihah malu dan tersenyum dia akan mengigit jarinyer
macam dalam gambar di atas.


Tuesday, May 12, 2009

Meh nak Update

entry kali ni nak letak gambo anak2...

ini bukan alahan...lambang mitsubishi..hehe

ini pula bukan penyakit berjangkit...

sape lg tembam...


tenum...tenum....(senyum)

Friday, May 1, 2009

TESTING

COMING SOON... HUHUHU..